Hidup ibarat eskrem, nikamatilah ia sebelum cair :)

Thursday 14 June 2012

Kau Sedar ke Tak ni?

Assalamualaikum :)

Well, straight to the point. Perasan tak, semua benda yg kita buat kat dunia ni dilabel kpd 2 kategori. Sedar atau tidak. Kalau sedar, alhamdulillah. InsyaALLAH perkara yg kita lakukan itu berlandaskan Islam. Tapi bukan semua perkara yg kita buat 'dalam sedar', kita lakukannya dgn betul!

Kita sedar yg menunjukkan aurat kpd bukan muhrim itu berdosa tp kita masih jugak buat, kan?
Kita sedar kalau pakai baju ketat dan dilihat oleh bukan muhrim itu berdosa tp kita masih jugak buat, kan?
dan
Kita juga sedar bahawa baju yg jarang, haram dipakai di khalayak ramai tp mengapa masih lg ramai yg berpakaian sedemikian?

Cuba bayangkan jika seseorang (Muslim) memakai baju yg KETAT, JARANG, MENJOLOK MATA tapi PAKAI TUDUNG?? Samalah mcm org bukan Islam yg pakai dress labuh. Yg bukan Muslim itu pastilah tempatnya di neraka. Macam mana dengan wanita Muslim tersebut? 

-Ustazah .... (tak ingat nama :P)



So, conclusionnya, wanita Islam wajib pakai baju yg tidak ketat DAN tidak jarang DAN mesti fully cover aurah :) Bukannya suruh tutup aurah sampai kena berpurdah. Janji ada baju dan seluar yg longgar, tudung yg boleh tutup dada n tak nampak tengkuk, arm socks(in case) and socks, jalannn... 

Sebenarnye, ni pun peringatan utk diri sendiri. Asik nak melaram sampai kadang2 kita terlupa nak tutup aurat sepenuhnya hehe. Dunia dunia. Banyak godaan kan? 

awak yg mana, si manis? ;)

p/s-"walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami solat" - apa guna???

No comments: