Hidup ibarat eskrem, nikamatilah ia sebelum cair :)

Sunday, 13 November 2011

Pergi #1

Pagi tadi aku mimpi arwah atok. Ni kali ketiga aku mimpi arwah. 2 mimpi sedih, 1 mimpi happy. Tadi sedih punya part. Dalam mimpi aku nangis, bangun je aku rase mata aku dah berair. 1st time dulu pun aku mimpi sedih. Tapi waktu tu ada orang teman aku nangis. Sampai subuh (terimakasih!)

Tanggal 29 Ramadan 1432 adalah tarikh yang tidak akan dapat aku lupakan untuk selama-lamanya. Perginya seorang datuk yang sangat aku kasihi pada tepat pukul 4.03pagi. Bayangkan, ketika semua umat Islam sedang bergembira meyambut ketibaan Syawal, kami telah kehilangan orang yang sangat kami kasihi. Kami redha, Ya ALLAH. Masanya telah tiba untuknya.

Cerita versi Aifaa

Aku dijaga dengan atok dan nenek sejak lahir lagi. Tahun 1992. Namun, nenek kembali menghadap Ilahi pada bulan Mei1992. Semenjak itu, atok yang menjaga makan pakaiku ketika ibu dan ayah bekerja. Atok yang buat susu. Atok yang masak. Atok bawa kak lang pergi ronda-ronda. Atok hantar kak lang pergi tadika, sekolah, tusyen. Kak lang ingat lagi, lepas balik tadika waktu 6 tahun, atok terus buat air milo dalam botol susu. Sedap sangat milo tu, tok.

Atok yang setia menjagaku sehingga umurku menigkat setahun ke setahun. Ketika berpindah ke rumah baru, atok menjengukku setiap hari tanpa jemu. Tahun 2001 kalau tak silap. Tapi rumah baru kami dekat je dengan rumah atok. Jalan kaki 5minit je boleh sampai. Kami ada mempelawa atok untuk tinggal dengan kami tp atok sayang nak tinggalkan rumahnya. Atok ckp atok boleh datang hari2.

Ketika aku di tingkatan 1 dan 2, aku bersekolah sesi petang. Pagi2 atok mesti datang temankanku. Atok yang masak untukku. Tunggu bas dengan ku. Ketika aku di tingkatan 3, aku selalu balik lambat dari sekolah. Ada kelas tambahan segala. Tapi atok selalu tunggu kak lang untuk makan sekali. Atok selalu masak telur dadar resepi atok sendiri. Atok pukul telur tu dengan cili hidup yang dah dikisar. Sedap tok. Sedap sangat.

Ada satu tahun tu, atok sakit. Tapi alhamdulillah, ALLAH telah menyembuhkan penyakit atok. Namun, atok mendapat penyakit kesan dari penyakitnya sebelum ini. Mata atok semakin kabur. Atok ada menjalani pembedahan namun tiada kesan positif. Lama-kelamaan penglihatan atok menjadi lagi kabur. Lutut atok bertambah sakit. Doktor kata bukan Gout.

Atok dah tak larat nak jalan. Langkahnya semakin perlahan. Kak lang sedih tengok atok teraba-raba mencari barang. Kak lang sedih tengok atok tak larat nak jalan. Sejak atok tak dapat datang ke rumah kami, kami selalu melawat atok. Hujung minggu mak masakkan lauk untuk atok . Kalau hari kerja, pakcik belikan lauk untuk atok. Setiap Isnin, atok selalu minta belikan bubur di pasar malam. Baru2 ni, atok suka sangat makan apam balik dengan  kopok lekor.

Atok selalu belanja kami adik-beradik makan aiskrim. Kamilah cucu2nya yang selalu datang melawat atok sebab kami duduk yang paling dekat. Tapi kami ok je :)

.......

No comments: