Hidup ibarat eskrem, nikamatilah ia sebelum cair :)

Wednesday, 11 January 2012

Day 11 : Petua Mencari Jodoh

Assalamualaikum wbt :))



Amboi mentang2 da nak 'besar', da pandai cakap pasal jodoh pulak. Lantakkk.. HAHA. Semalam jalan-jalan, bersiar-siar di blog-blog mereka yang hebat-hebat penulisannya :D I enjoyed reading their blogs. Maka di suatu blog seorang saudara se-Muslim ku, ternampaklah suatu entry yang sangat menarik hatiku. Normal la if someone at my age berminat utk bace artikel2 gini (jodoh etc) *meremang bulu roma*

Straight to the point, untuk si hawa yang mahu mencari adamnya ,

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. Fikirlah, sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.


I just copy petua untuk hawa sahaja ye :D coz im a girl n most of my followers and friends are girls padahal sebenarnye pemalass nak mampus heee. Anything, credit to mr. Kamal Effendi .

Personally, im more towards number 3 =.='' ntah. I think it is normal. Guys are like that too. Fitrah. Fitrah semulajadi. People love to see anything that is nice and beautiful :) Tapi kadang2, we have to control ourselves. Jangan terjebak lebih2 sudeyh.

Say NO to couple. 
Say NO to zina. 
Say YES to nikah.
Say peace! :D

Tapi, ape yang disarankan dalam agama ialah mencari suami/isteri yang tinggi pengetahuan agamanya :) then only rupa, keturunan dan harta nya.

Ok. Siap sudah berkongsi ilmu. Undur dulu. Tata!~

p/s - Ma beli mcChicken. Just for me. Terharu kejap :')

2 comments:

Aimi Zainudin said...

kacak org yg soleh lebih 'menarik' drpd kacak org yang kurang soleh..huhu :P

eye_faa said...

hmm setuju ;) so conclusionnye, cari la kacak yang soleh :D haha